
SEJARAH PENUBUHAN SMU(A)SULLAMIAH BUNUT PAYONG

BANGUNAN PERINGKAT AWAL MADRASAH ARABIAH SULLAMIAH 1958M
PERINGKAT KEDUA 1969M


PERINGKAT KETIGA 1987M
Menurut catatan sejarah setempat pada peringkat awalnya,di sinilah terdirinya pondok Madrasah Ahmadiah,Bunut Payong yang merupakan salah sebuah pusat pengajian pondok yang terkenal di negeri Kelantan dan banyak berjasa kepada tanah air pada masa dahulu.Ianya di asaskan pada tahun 1350H oleh Tuan Guru Hj Abdullah Tahir (1879-1961) yang merupakan seorang tokoh ulamak besar tanah air.
Berkat bimbingan dan tarbiahnya,Madrasah Ahmadiah terkenal sebagai pusat pengajian agama cara perpondokkan yang terbesar dan tertinggi di Kelantan ketika itu sehingga Syahadahnya atau persijilannya diiktiraf oleh Jemaah Al-Azhar Mesir.Para pelajarnya datang dari pelbagai ceruk rantau dalam negeri dan juga luar negara seperti Thailand,Indonesia,Kemboja dan Vietnam dan pernah mencapai angka melebihi 1200 orang.
Dalam proses perkembangan sejarahnya yang mengalami pasang surut pada tahun-tahun kebelakangannya,tetapi kedudukannya yang strategik dan memandangkan keadaan setempat maka pada tahun 1958M nama Madrasah Sullamiah telah diwujudkan sebagai pengubahsuaian terhadap Madrasah Ahmadiah dan berubah kepada sistem persekolahan sebagai sekolah rakyat agama yang didaftarkan di bawah Majlis Agama Islam Kelantan.
Sekolah ini juga telah diambilalih oleh pihak kerajaan di bawah pentadbiran JASA pada 1 Julai 1974 dengan diberi bantuan oleh pihak kerajaan Kelantan sehinggalah sekarang ianya diletakkan di bawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan sebagai sekolah Bantuan Kerajaan Kelantan.
Tapak SMU (A) Sullamiah sekarang telah diwakafkan penggunaannya oleh semua pihak anak pesaka melalui surat perjanjian yang telah dibuat dan ditandatangani oleh semua anak pesaka kepada Hassan Hilmi B. Hj Abdullah,No KP 105324 di atas tanah lot No.3599 Mukim Pintu Geng,Daerah Kota,Jajahan Kota Bharu,Kelantan.
SMU (A) Sullamiah tidak pernah mendapat peruntukan wang yang banyak dari mana-mana pihak samada Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Pusat bagi membina bangunan.Bangunan yang ada sekarang merupakan sumbangan dari pihak Yayasan Islam Kelantan dan derma orang ramai.
Bangunan ini pada awalnya telah didirikan pada 22 April 1969 yang mengandungi 6 bilik darjah yang terdiri daripada bilik guru,bilik guru besar dan pentadbiran yang didirikan oleh masyarakat setempat melalui gotong-royong dan ini menunjukkan bangunan tersebut mencapai usia 42 tahun semasa profil ini dibuat.
Setiap tahun,bangunan yang ada telah diubah suai mengikut keperluan semasa hasil bantuan dan sumbangan orang ramai.Sehingga hari ini,Sullamiah mempunyai 15 buah bilik darjah yang boleh memuatkan pelajar melebihi 400 orang pelajar.
PENGASAS

